BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 1, 2010

New year...

Tahun Baru...errmmm...cam bese je rasanya...tak taw kat mana keseronokkannya...len la kalo raya. Ada juga keseronokkannya sebab dah tak puasa. he3...Bagi yang kecil, pasti gembira di hari raya. Mana taknya, dapat kutip duit raya. Satu kampung die kutip duit raya. Orang tak kenal pun die kutip gak. Sampaikan da yang jiran siap tanya lagi kat budak2 ni " Nak makan kuih raya atau nak duit raya?" (aku taw sebab ak penah kena).

Untuk tahun baru kali ini, rakanku telah mengajak aku p sambut kat the curve (tul ke tak spelling aku ni?), tengok firework . Firstly, memang aku rasa 50-50. Nak pergi ke tak? Tengah syok2 layan YM, tetiba jukong datang. "Oit, ko nak p tak nak." Ak yg dalam keadaan blur2, cakap jom. Jawapan spontan 2. Tak sangka pulak otak aku mengeluarkan jawapan begitu. Dengan segera, ak bersiap.

Sampai je dekat the curve, pergh, gua cakap sama lu, jam....waktu tu, lagi beberapa minit kul 12. Dengan tindakan yang pantas, kami pun bergegas memparking kereta kami di tepi jalan. Elok2 jalan tu da 4 lane, last2 tinggal sa2 lane je bole lalu. Belum sampai je kat lokasi, pertunjukkan bunga api dah start. Kelang kabut lari nak tengok firework dengan lebih dekat. Agak besh gak la. Denga dentuman bunga api yang kuat. Sinaran percikan api. Begitu indah skali.



After finishing tengok firework, kita pun bergerak ke kedai mamak (kedai mamak pa...padahal kedai orang melayu jee) untuk minum2 jee... Dahaga gler ak arini. Mana taknya, minum pada waktu tangah hari jee... After that, kitaorang gerak kat AC. Nak men pool la katakan.

Sampai je kat c2, kami direct p kat tempat pool. Sepanjang menuju ke tempat pool, ak nampak, ramai orang yang sedang mabuk. Tak taw la yang ak nampak tu orang islam atau orang bukan islam. Tapi, papehal, benda yang memabukkan tu tetap haram.

Firman Allah S.W
.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Dalam Hadis pula:

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2]

Selepas 2, kitaorg breakfast kul 4.30 pagi...ngantok gler...lepas breakfast, gerak balik ke uniten. Hari yang agak meletihkan. Sampai umah, bukak internet sementara tunggu azan subuh. Then, solat subuh n tido.

Sekian.

0 comments: